BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Us!

My photo
UUM Sintok, Kedah, Malaysia
Pembinaan blog ini adalah merupakan prasyarat bagi mendapatkan markah kerja kursus bagi pelajar-pelajar subjek Bahasa Melayu Pengurusan (SBLM 1053) sesi Julai 2010. TERIMA KASIH ATAS LAWATAN ANDA!

Tuesday, August 31, 2010

Mengatasi Sifat Marah

Penulis: NUR ZARITH SOFIA BINTI AHMAD BOLIA - 208739




Sifat mudah marah atau emosional merupakan sesuatu yang biasa dialami oleh setiap manusia. Sifat marah yang sering dihadapi oleh manusia biasanya merupakan sifat peribadi manusia terutama bagi yang mudah panas baran. Mereka yang mempunyai sifat seperti ini biasanya sering melepaskan marah atau geram kepada orang lain atau benda-benda di sekeliling.  Berbagai cara dan kaunseling boleh dilakukan untuk mengatasi sikap negatif tersebut.


Berikut adalah lapan tips mengatasi sifat terlalu mudah emosi:

 
1.      Perhatikan keseluruhan tubuh anda. Ketika menghadapi masalah yang boleh membuat rasa marah, buatlah diri anda merasa nyaman seperti menghirup udara segar. Hal yang terpenting, jangan sampai perut anda merasa lapar, kerana hal itu akan menambah rasa marah dalam diri anda.

2.      Hindari alkohol. Penggunaan alkohol saat suhu anda sedang naik akan meningkatkan kadar kemarahan, kerana kandungan alcohol yang terdapat dari minuman tersebut. Bahkan, anda boleh melakukan hal-hal yang tidak akan dijangka dan tidak masuk akal ketika anda mengambil  minuman alkohol ini terlalu banyak.

3.      Cuba fahami perasaan orang lain, terutama orang yang terdekat anda. Memahami perasaan orang lain jauh lebih baik daripada memberi jawapan atau respon yang tidak menyenangkan. Kesan daripada jawapan yang diberikan anda boleh membuat orang yang sedang di depani turut membawa pada peningkatan emosi.

4.      Realistik. Contohnya, saat Anda ingin bersantai menonton tv rancangan kesukaan anda sambil makan makanan ringan kegemaran anda, setelah penat menguruskan hal rumah. Namun, keinginan itu tidak boleh terjadi kerana anak anda mendadak  meminta bantuan daripada anda.

Oleh itu, anda haruslah bersifat realistik dan sabar melayan kerenah anak anda, janganlah melepaskan marah kepada mereka. Waktu hal itu terjadi, emosi mudah meluap. Emosi anda sedikit reda jika anda menyedari, lebih baik menikmati saat santai ketika saat anak anda tengah bermain atau tertidur.

5.      Jangan mengharap akan pujian atau penghargaan atas sesuatu yang anda lakukan. Saat anda merasa telah melakukan sesuatu yang besar, kadang-kadang orang lain tidak menyedarinya. Mungkin perasaan marah meluap jika orang terdekat anda, atau kekasih yang anda harap memberi sanjungan selangit juga tidak menyedari kebaikan anda.

Tidak terlalu berharap lebih akan membuat hidup anda lebih rileks dan tenang. Kalau pun ada pujian, anggap saja itu sebagai hadiah akan ketulusan anda. Jika hal itu anda lakukan, anda pasti lebih bahagia saat menerima pujian dari kekasih anda.

6.      Bereaksi lebih tenang. Tidak mengekpresikan rasa marah juga membantu menurunkan emosi tersebut. Jika ingin marah pada seseorang, anda boleh memberikan cacian dan makian pada selembar kertas atau sebuah halaman email. Kertas atau email itu boleh saja anda kirimkan kepada orang yang sedang anda benci, tapi pada waktu yang cukup lama saat membuat cacian tersebut akan memberi otak anda ruang untuk bernafas dan berfikir. Sehingga, saat tulisan anda selesai, emosi anda lebih reda.

Ketika anda boleh mengawal rasa marah, menumpahkan kekesalan boleh menjadi langkah utama untuk menghidar rasa memendam kemarahan anda.


7.      Jika anda sedang merasakan kemarahan dalam diri anda, cubalah membuat aktiviti-aktiviti yang boleh memberi sedikit kegembiraan kepada anda. Hal-hal lucu boleh menyenangkan hati anda. Contohnya menonton filem komedi, kartun akan meningkatkan mood anda lagi.

Selain itu anda boleh melakukan aktiviti yang anda sukai seperti berjalan-jalan ke tempat menarik atau membeli belah.

8.      Jangan bersifat devensif. Banyak rasa marah timbul kerana reaksi dari tuduhan terhadap anda. Pertanyaan ‘apakah saya salah’, ‘apakah saya berlaku kasar’, ‘apakah saya mengacaukan segalanya’, akan lebih baik dijawab dengan jujur.

Anda boleh mengakui kesalahan anda, atau melepaskan rasa bersalah dari dalam benak anda. Kemarahan berhubungan erat dengan harga diri anda, dan harga diri adalah hal yang tidak mudah diturunkan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails