BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Us!

My photo
UUM Sintok, Kedah, Malaysia
Pembinaan blog ini adalah merupakan prasyarat bagi mendapatkan markah kerja kursus bagi pelajar-pelajar subjek Bahasa Melayu Pengurusan (SBLM 1053) sesi Julai 2010. TERIMA KASIH ATAS LAWATAN ANDA!

Tuesday, August 31, 2010

Menjalani Kehidupan sebagai Seorang Muslim


Penulis: SITI ZAITURA BINTI SEMAN - 208763 



Kehidupan ialah satu perjalanan yang mana kita adalah watak utama dalam merentasi masa.  Pelbagai dugaan yang akan kita tempuhi bahkan sebelum kita dilahirkan lagi kita telah bersaing dalam merebut tempat untuk menjadi seorang manusia.
Sebagai seorang muslim, kita perlulah sentiasa bersyukur kepada pencipta yang telah memberi kesempatan dilahirkan sebagai seorang Muslim. Kehidupan merupakan sesuatu yang begitu bermakna kepada manusia dan kehidupan setiap manusia pastinya bermatlamat.

Setiap kejadian di dunia ini pasti ada sebab dan musabab. Tidaklah ALAH menciptakan kita ke dunia tanpa sebab dan alasan. Hidup dan mati Muslim adalah untuk ALLAH. Bukan untuk bergembira berseronok sampai lalai daripada menunaikan ibadat. Oleh itu kita sebagai hambanya yang dicipta ke muka bumi dengan tujuan untuk beribadat dan sujud kepadanya.

“Hidup saya untuk berjihad di jalan ALLAH, untuk menghapuskan semua kafir laknatullah.”

Makan untuk menyenangkan perut sendiri dan mendapatkan tenaga untuk membantu Muslim lain adalah ibadah. Berkerja untuk menyara diri dan keluarga dan memberi tenaga kerja untuk Muslim lain adalah ibadah. Solat untuk menenangkan hati sendiri agar dapat menenangkan pula hati Muslim lain semasa muamalat harian adalah ibadah. Nahi mungkar (melarang perkara yang menyakiti orang lain), amr makruf (menggembirakan orang dan menyuruh orang menggembirakan orang lain) adalah ibadah. Bukankah ibadah-badah ini yang akan menjadikan bumi ini syurga yang dipenuhi senyuman, gelak ketawa, ketenangan, persahabatan, keharmonian, kasih sayang, cinta dan roh-roh syurgawi?

Setiap perkara yang kita lakukan haruslah diniatkan kerana ALLAH Taala. Bukankah semua ciptaan ALLAH itu indah dan berguna? Lihatlah alam yang terbentang luas, lautan, kejadian siang, malam dan sebagainya. Ini semua menunjukkan kekuasaan hanyalah pada ALLAH dan bukan yang lain.

Lihat sahajalah kejadian manusia ianya sudah cukup mengkagumkan. Kekuasaan ALLAH menciptakan manusia turut diakui oleh orang bukan Islam yang mengkaji kejadian manusia, kekaguman itu membuatkan mereka turut memeluk agama Islam.

Panduan hidup seorang muslim itu berlandaskan al-Quran dan hadis. Kedua-keduanya terkandung segala amalan perlaksanaan dalam kehidupan seharian dari awal sehingga akhir kehidupan. Apabila manusia hidup dengan berlandaskan al-Quran  dan sunnah, sudah tentu tidak akan sesat manusia itu. Agama Islam bukanlah agama yang mengongkong umatnya.


Solat merupakan ibadat yang menghubungkan seseorang makhluk itu dengan pencipta. Solat adalah alat interaksi antara kita dengan Tuhan dan merupakan kewajipan lima kali sehari semalam.  Kekhusyukan dalam beribadah melahirkan suatu perasaan halus dan ketenangan yang tidak bisa digambarkan dengan kata-kata.

Setiap manusia pasti akan menghadapi ujian dan dugaan kehidupan.  Bukankah ujian dan dugaan itu adalah asam garam kehidupan? Dan bagi setiap yang bergelar makhluk ALLAH itu sudah tercatat baginya ujian dan dugaan masing-masing, Tidak boleh tidak, kita hanya tinggal mencari jalan penyelesaiannya.  Tidaklah ALLAH menguji hambanya melainkan untuk melihat sejauh mana ketundukan, kepasrahan, ketaatan dan kecintaan hamba kepada-Nya.

Kita sebagai hamba-Nya haruslah sentiasa mengikut suruhan dan menjauhi larangannya.  Kita haruslah bijak mengatur masa bagi mengembangkan dunia dan akhirat. Sesiapa yang mengejar akhirat, dunia  akan mengikutinya kerana sesiapa yang mengikut semua perintah ALLAH pasti memperoleh kebahagian dalam kehidupan.

Sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu ain ke atas setiap muslim. Malah kita tergolong dalam kalangan syuhada’ apabila syahid ketika menuntut ilmu kerana ALLAH Taala.


Bukankan Islam suatu agama yang menyeronokkan? Setiap apa yang diperintahkan kita harus mentaati walau apa pun yang berlaku. Solat itu wajib, menutup aurat itu wajip yang mana merupakan perintah yang harus kita jalankan sebagai hambanya. Sesungguhnya menjalankan kehidupan sebagai seorang Islam sebenar adalah suatu kebahagiaan. ALLAH tidak akan menbiarkan hambanya hidup dalam kesesatan. Sambutlah ‘tangan’-Nya ikutlah suruhan-Nya, al-Quran jadikan panduan. Pasti kelak kita akan memperoleh kebahagian dunia dan akhirat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails