Penulis: NOR HAZWANI BINTI HAMDAN - 208709
Kejayaan bukanlah satu perkara yang mustahil untuk mendapatkannya. Sekiranya orang lain mampu melakukannya kita juga mampu untuk melakukan jua. Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya.
Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Cara untuk menjadi pelajar cemerlang
1. Letak Target
Apabila kita mempunyai target kita akan berusaha mencapainya. Target yang kita letakkan mestilah tinggi dan lebih dari apa yang kita dapat sebelum ini. Setiap kali menjelang peperiksaan kita harus letakkan target yang lebih dari orang lain dan kita semestinya akan berusaha untuk mendapatkan atau mencapai target yang kita letakkan. Itulah pentingnya target supaya kita akan mencari kecemerlangan.
2. Tahu Cara untuk Mencapai Target
3. Menjaga Hubungan Baik dengan Ibu Bapa, Guru dan Rakan Sebaya
Hubungan baik kita dengan ibu bapa mesti jaga kerana doa mereka itu adalah restu untuk kita berjaya. Selain itu, hubungan kita dengan guru juga sama pentingnya hubungan kita dengan ibu bapa kita. Di sekolah guru adalah pengganti ibu dan bapa kita dan ilmu yang kita perolehi di sekolah adalah daripada guru kita.
Paling penting janganlah kita sesekali mengumpat guru kita di belakang kerana itu samalah seperti kita mengata guru kita dan ilmu tersebut mungkin akan hilang sedikit demi sedikit.
Rakan sebaya juga penting, hubungan baik dengan mereka boleh membantu kitga untuk mencapai target kita. Tetapi haruslah diingat pilihlah kawan yang mempunyai misi yang sama dengan kita dan boleh membantu kita, bukannya kawan yang sebaliknya.
4. Menjaga Amalan
5. Berdoa dan Tawakal
Lupa untuk berdoa boleh menyebabkan usaha yang telah kita lakukan selama ini sia-sia. Setelah berusaha kita haruslah berdoa dan bertawakal kepada ALLAH. Tanpa keizinan-Nya kita tidak mampu mencapai apa yang kita hendaki.
Ciri-ciri Pelajar Pemerlang
1. Amanah
2. Bijak
3. Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Mereka juga akan menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga membantunya menjadi lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
4. Dedikasi
5. Penampilan
Pelajar yang cemerlang akan sentiasa menjaga penampilan dirinya supaya tampak kemas, pertuturannya supaya mudah difahami dan tidak menyakiti hati sesiapa dan perbuatannya. Selalunya pelajar yang cemerlang adalah perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi oleh semua orang. Pelajar yang cemerlang akan menjadi contoh kepada pelajar lain baik dari segi gerak-geri, fikiran dan percakapannya akan sentiasa menjadi tumpuan orang lain.
6. Tumpuan dan Kegigihan
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerja dengan tekun dan penuh minat. Ia akan berasa seronok untuk setiap subjek yang ia ambil dan cepat menyesuaikan diri dangan semua guru atau pensyarah dan rakan sebaya.
7. Hasrat
8. Iman
Teknik Membaca Berkesan
Lima Langkah Teknik Menbaca Berkesan:
1. Tinjau
2. Soal
Menyoal diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Dengan adanya soalan semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda ketika anda membaca.
3. Baca
4. Menyebut Kendiri
5. Uji
Cara Mengulang Kaji Pelajaran
1. Membaca dan Menyemak
2. Merujuk Buku Teks
3. Menjawab Soalan-soalan
4. Bersoal Jawab dengan Rakan
Kualiti-kualiti Pembaca yang Baik
Pembaca yang baik adalah yang:
1. Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.
2. Memastikan semua bacaan yang dibacanya, difahami dengan sepenuhnya.
3. Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam kehidupan sehariannya.
Peringatan:
1. Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum diajar oleh guru di kelas.
2. Sewaktu membaca, garis atau catat isi-isi pentingnya.
3. Sediakan soalan-soalan jika perlu.
0 comments:
Post a Comment