BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

About Us!

My photo
UUM Sintok, Kedah, Malaysia
Pembinaan blog ini adalah merupakan prasyarat bagi mendapatkan markah kerja kursus bagi pelajar-pelajar subjek Bahasa Melayu Pengurusan (SBLM 1053) sesi Julai 2010. TERIMA KASIH ATAS LAWATAN ANDA!

Wednesday, September 8, 2010

Pembinaan Keluarga yang Bahagia


Penulis: AHMAD FAKHRUDDIN BIN AWANG @ MUSTAFA - 208738


Keluarga yang diidealkan setiap manusia adalah keluarga yang memiliki ciri-ciri mental sihat seperti sakinah (perasaan tenang), mawaddah (cinta), dan rahmah (kasih sayang). Antara anggota keluarga saling mencintai, menyayangi, dan bertimbang rasa. Seorang ayah dan ibu yang mencintai dan menyayangi anak-anak.  Seorang anak pun haruslah menyayangi, mencintai, dan menjaga perasaan ayah dan ibunya.


Dengan demikian di antara mereka terdapat kesatuan (unity) terhadap satu sama lain. Terdapat cara-cara membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan ciri-ciri sebuah keluarga yang bahagia.

Tips Memilih Isteri


Setiap manusia menginginkan kebahagiaan. Salah satu yang dicarinya terletak pada rukun kehidupan dan tenang bersama keluarga. Sebenarnya kebahagiaan di dalam rumah tangga atau keluarga di awali dengan cara memilih isteri. Setiap lelaki bermimpi untuk mendapat isteri yang cantik, kaya, dan mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Hal ini kerana lelaki tidak inginkan isteri yang miskin, buruk keperibadiannya serta berasal dari latar belakang keluarga yang hitam.

Mimpi ini tidak sepenuhnya benar, melainkan ada kurangnya, kerana hidup yang bertumpu pada kebendaan tanpa menghiraukan kehidupan rohani dan agama akan hanya melahirkan keluarga yang hampa dan jiwa yang gersang. Akhirnya, perceraianlah jalan yang akan ditempuhi. Salah satu ciri isteri baik ialah:

1.      Pilihlah isteri yang memahami dan mengamalkan agama. Menurut hadis dari Bukahri dan Muslim, “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama agar selamatlah dirimu.” Pilihlah isteri yang mempunyai keempat-empat unsur tersebut, tetapi bila perlu memilih salah satunya, pilihlah isteri yang beragama agar kita selamat.

2.      Pilihlah isteri yang solehah, cantik, patuh, baik, lagi amanah. Setiap orang menyenangi keindahan. Apabila telah mendapatkannya, ia akan merasa tenang dan tenteram.

3.      Pilihlah isteri dari kalangan keluarga yang terhormat.

4.      Pilihlah isteri penyayang dan sering mengambil berat tentang suami. Hal ini kerana isteri akan menyenangi suami dan melakukan apa saja demi menyenangkan hati suami.

5.      Pilihlah isteri yang masih dara. Biasanya, gadis masih dara ini belum mengikat cinta dengan lelaki-lelaki lain. Inilah salah satu cara untuk memperkukuhkan lagi perkawinan kerana cinta pertama akan lebih menyentuh jantung hati setiap orang.

6.      Pilihlah isteri yang setaraf dalam umur, kedudukan sosial, pendidikan, ekonomi, dan sebagainya. Apabila mendapatkannya, anda tidak bermimpi lagi untuk mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia bahkan mengatakan “rumahku adalah syurgaku”. Inilah ciri keluarga bahagia. Namun apabila tidak mendapatkan seluruhnya, maka carilah yang hampir memenuhi syarat ini kerana perkahwinan sangat digalakkan dalam agama kita bagi yang mampu.

Tips Memilih Suami


Islam adalah agama yang paling sempurna karena ia memberikan petunjuk dan pedoman kepada manusia supaya mereka mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Di samping pedoman dalam beribadah, Islam juga memberikan cara-cara yang baik dalam hidup bermasyarakat, antara tips atau petunjuk memilih calon suami yang baik supaya melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.

Daripada Ibnu Hibban, Rasulullah saw pernah bersabda, “Barang siapa menikahkan saudara perempuannya dengan laki-laki fasik bererti ia telah memutuskan tali keluarganya.”

Hadis tersebut memberikan bimbingan kepada orang tua yang hendak mencarikan jodoh atau menikahkan puterinya, hendaklah ia memilih lelaki yang berakhlak mulia dan baik keturunannya. Bila orang tua menikahkan puterinya dengan lelaki yang zalim, fasik, atau pemabuk bererti ia telah berbuat durhaka kepada agamanya dan telah berkhianat kepada keluarga dan kepada Tuhan yang telah menitipkan amanat kepadanya. Orang itu akan dilaknat oleh ALLAH kerana telah memutuskan tali kekeluargaan dengan memilihkan suami yang jahat untuk anaknya.

Seorang lelaki bertanya kepada Hasan bin Ali, “Saya punya seorang puteri. Siapakah yang patut menjadi suaminya menurut anda?” Jawab Hassan, “Seorang lelaki yang bertakwa kepada Allah. Sebab dia akan menghormatinya dan jika dia sedang marah, dia tidak suka berbuat zalim kepadanya.”

Siti ‘Aisyah RA berkata, “Kahwin bererti perbudakkan. Kerana itu hendaklah seseorang perhatikan di tempat ia lepaskan anak perempuannya.”

Imam al-Ghazali berkata, “Berhati-hati menjaga hak anak perempuan itu lebih penting, sebab dengan kahwin dia akan menjadi terikat, sedangkan suaminya bebas metalaknya bila-bila sahaja yang disukainya.”

Pendidikan Agama dalam Keluarga


Pendidikan agama dalam keluarga merupakan tunjang penting dalam kehidupan bangsa Malaysia yang sedang membangun, kerana keluarga merupakan lingkungan orang yang paling rapat. Ia pun merupakan kelompok terkecil dalam masyarakat yang pada susunan dan mengubah bangsa besar di kemudian hari.

Pendidikan adalah salah satu usaha bagi mendidik anak supaya dapat mengembangkan potensi dirinya ke arah yang lebih baik. Bagi mencapai tujuan tersebut, agama merupakan salah satu faktor yang perlu memainkan peranan. Agama perlu diterapkan kepada seluruh anggota keluarga, terutama kepada anak sejak masih kecil bahkan ketika masih dalam kandungan.

Pendidikan agama dalam keluarga boleh diterapkan melalui kelakuan-kelakuan baik mahupun melalui pertuturan antara anggota keluarga, terutama ayah dan ibu. Dengan adanya pendididikan agama dalam keluarga, maka terbentuklah generasi muda sekarang yang berguna dan insan yang soleh dan solehah di kemudian hari.

Anak-anak mempunyai potensi yang besar kerana mereka merupakan pelapis bagi menggantikan para pemimpin yang sedia ada sekarang dan akan mengukir sejarah hidup baru. Kehidupan manusia di kemudian hari ditentukan melalui didikan agama anak pada saat ini.

Benar sekali sabda Rasulullah SAW, “Didiklah anak-anakmu, sesungguhnya mereka dijadikan untuk menghadapi zaman yang tidak sama dengan zaman kamu.”

Pendidikan agama dalam keluarga juga diterapkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang nabi dan rasul, baginda sering mengajak dan mendidik keluarganya ke arah kebaikan, maka muncullah kaum muslimin yang pertama kali menerima Islam iaitu Siti Khadijah, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Harits, Abu Bakar as-Siddiq, dan lain-lain. Selepas itu baginda menyebarkan agama tersebut kepada keluarga dekat dan anggota masyarakat lain yang mengikut firman ALLAH SWT dalam Surah as-Syura ayat 214, “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.”

Dengan demikian, tidak ada yang lebih diharapkan selain bangsa ini lebih memperhatikan pendidikan agama dalam keluarga.

Di dalam keluarga bahagia, pendidikan dan penerapan agama diperlukan kerana dengan agama, fikiran menjadi tenang, hati merasa tenteram, dan keluarga pun menjadi bahagia. Sebaliknya bila tidak disertai dengan agama, hidup terasa resah dan keluh kesah bagaikan hutan yang habis dijilat api.

Orang tua memiliki peranan yang sangat penting dalam membesarkan anak-anak. Ia pun mempunyai tanggungjawab penuh dalam pendidikan dan pengamalan agama bagi seluruh anggota keluarganya, terutama anak-anak. Islam sangat memperhatikan tanggung jawab yang satu ini, memerintahkan orang tua untuk memikul tanggung jawabnya dan memberi peringatan bagi yang lalai menjalankan kewajibannya.

ALLAH SWT berfirman dalam Surah at-Tahrim ayat 6, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”

Memelihara keluarga bererti mendidik dan mengajar mereka untuk taat dan patuh kepada ALLAH SWT. Ketaatan ini antara lain membaca al-Quran bersama, solat berjemaah di rumah, makan bersama dengan doa sebelum dan sesudahnya, dan sebagainya. Maka akan timbullah rasa kenikmatan hidup bersama keluarga yang bahagia, bagaikan hidup di syurga, bila dihiasi dengan ajaran agama. Perkara ini dapat dilihat pada Nabi Muhammad SAW. merasa tenang dan tenteram hidup bersama keluarga sehingga beliau mengatakan, “Rumah tanggaku bagaikan syurgaku.”

Sekali lagi, dengan lemah lembut ALLAH SWT berfirman, “Dan perintahlah keluargamu untuk mengerjakan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya.”

Ciri-ciri Keluarga Bahagia

1.      Sering Dekatkan Diri dengan ALLAH SWT


Setiap manusia haruslah memelihara agama Islam kerana agama tersebut merupakan satu ikatan dengan Allah. Hal ini kerana Allah merupakan pencipta seluruh alam ini. Oleh itu manusia haruslah memelihara segala yang telah dikurniakan oleh Allah ke arah kebaikan agar dapat menunjukkan rasa bersyukur kita sebagai hambanya kepada pencipta kita.

Maka manusia seharusnya mempertahankan dan memelihara agama Islam ini. Pernikahan merupakan ibadah. Hal ini bermaksud sesiapa yang menjalinkan hubungan pernikahan ini adalah mereka beribadat dengan Allah. Oleh sebab itu mereka yang berkeluarga haruslah selalu meminta pertolongan daripada Allah agar rumah tangga mereka akan selalu tenteram dan diberkati oleh Allah. Apabila ada masalah yang menimpa, mereka haruslah memohon pertolongan dengan ALLAH kerana mereka harus menyedari bahawa Allah memuliakan pernikahan dan sangat membenci perceraian dalam pernikahan.

2.      Komitmen Berkeluarga


Individu yang ingin membentuk keluarga menanam niat dan iktikad untuk membentuk, mempertahankan dan memelihara pernikahan. Komitmen utama dalam sebuah keluarga ialah membina sebuah keluarga yang bahagia dan gah. Oleh itu suami dan isteri memainkan peranan penting untuk mempertahankan keluarga dalam pelbagai situasi. Biar gelombang menerjang dan gunung berguguran, komitmen mempertahankan pernikahan tetap dipegang teguh. Komitmen yang lain adalah bagaimana keluarga mencapai posisi sebagai keluarga yang barakah, sakinah, mawaddah, dan rahmah. Di sini ada keinginan, niat, dan iktikad untuk meningkatkan mutu berkeluarga. Dengan komitmen itu mereka berusaha menghilangkan kebosanan satu sama yang lain, selalu meningkatkan rasa mesra antara satu sama lain.

Apabila komitmen itu tidak dimiliki oleh orang-orang utama dalam keluarga, suami dan isteri serta juga anak-anak, maka keluarga itu akan menghadapi permasaalahan. Bayak pemerhatian yang telah dibuat menunjukkan sebuah keluarga yang huru-hara akan melahirkan anak yang berkelakuan rendah diri, apatisme dan sebagainya.

3.      Kembali Balik (comeback) dan Tausiyah


Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan. Salah satu fungsi keluarga adalah melakukan sosialisasi primer. Melalui sosialisasi primer ini anggota keluarga dapat memahami apa yang patut dan tidak patut, baik dan tidak baik. Sosialisasi primer dilakukan kebiasaannye dapat menimbulkan kesedaran dan saling menasihati (tausiyah). Nasihat bermaksud untuk menjaga orang-orang yang ada dalam keluarga dari kemungkinan mengambil pilihan yang merugikan dirinya sendiri dan menyesatkan diri dan orang lain. ALLAH pun menggalakkan di dalam sebuah keluarga itu sikap nasihat-menasihati antara satu sama lain.

Salah satu kritikan yang selalu kita dengar ialah kebanyakan ibu bapa menyerahkan semua tanggungjawab membentuk dan mendidik anak mereka menjadi anak yang baik dan berguna kepada pihak sekolah. Tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh mereka dilepaskan seperti menasihati dan memberi didikan agama. Maka terhasillah anak-anak yang kurang keyakinan diri dan sukar berhubung dengan orang lain kerana mereka tidak mendapat pendedahan yang lebih dari ibu bapa.

Salah satu persoalan berkaitan dengan masalah ini adalah adab menasihati. Bolehkah anak menasihati ayahnya? Mungkin salah satu kenyataan budaya kita menunjukkan bahawa ayah begitu perkasa dan berwibawa untuk diposisikan sebagai orang yang dinasihati.

Dalam Islam, siapa pun dapat berada dalam posisi yang benar dan sebaliknya boleh berada dalam posisi salah. Orang yang yakin dengan kebenaran berada dalam posisi amr ma’ruf nahi munkar, tidak mengira ayah, ibu atau presiden sekali pun.

4.      Penyatuan Fizikal dan Hubungan Seks yang Sihat

Ramai ahli psikologi pernah berkata bahawa keluarga yang sihat mental dapat dilihat melalui adanya hubungan seks yang sihat antara suami dan isteri. Seks merupakan bentuk hubungan yang melibatkan penyatuan fizikal dan psikologi dari suami dan isteri. Dengan adanya hubungan seks, kesatuan dalam keluarga akan dapat diperkukuhkan, menjadikan anggota keluarga bahagia antara satu sama lain.

Hubungan seks merupakan salah satu pendorong untuk mengekalkan sebuah rumah tangga. Tambahan pula hubungan ini juga merupakan salah satu senaman kerana ia melibatkan banyak pergerakan anggota badan.

Hubungan cinta perlulah disemai dan diperkukuhkan lagi agar tidak goyah walau pelbagai masalah yang mendatang. Pada zaman Nabi Muhammad, lelaki yang berperang selama satu hingga dua bulan diberi kesempatan pulang untuk berjumpa isteri dan anaknya.

Setiap orang pasti inginkan keluarga yang bahagia. Mencipta keluarga bahagia bukanlah hal yang sukar. Terdapat langkah-langkah tertentu dalam membina keluarga bahagia:

1.      Jujurlah antara satu sama lain.
2.      Dengarkan keluhan pasangan anda dan anggap keluhan tersebut penting.
3.      Apabila ada berselisih faham sebaik-baiknya dibincangkan sehingga tidak menimbulkan kebencian antara satu sama lain.
4.      Tunjukkan pada pasangan bahawa anda mencintainya dan katakanlah ‘I love you’ sekurangnya-kurangnya sekali sehari.
5.      Ciptakanlah waktu berdua saja tanpa diganggu oleh anak-anak. Jadualkan kegiatan berdua sekurang-kurangnya setahun sekali.
6.      Janganlah mengungkit-ungkit masa lalu dan belajarlah dari kesalahan.
7.      Percayalah pada pasangan. Bila anda ragu atau curiga ungkapkanlah hal tersebut padanya.
8.      Semasa pasangan anda berbicara, pandanglah wajahnya sehingga dia sedar anda mendengarnya dengan setia.
9.      Saat bertengkar jagalah perkataan anda (jangan sampai mengatakan sesuatu yang akan disesali) dan berusahalah untuk tenang dan tidak terbawa-bawa oleh emosi.
10.  Jagalah rahsia hubungan antara anda dengan pasangan anda.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails